Rabu, 4 Ogos 2021


 Berita Ringkas 

 SIASAT BUS MINI LANGGAR SOP 

Kota Kinabalu . Kerajaan negeri diminta membuat operasi sepanjang jalan Telipok Kota Kinabalu laluan Bus Mini jalan lama yang sentiasa penuh antara  12 dan 13 penumpang setiap kali mereka bergerak akibat tidak ada sekatan SJR antara Telipok  Kota Kinabalu hampir sebulan lepas  menyebabkan pemandu Bus Mini suka hati memuat penumpang penuh setiap hari.

Ini disuarakan kelab penaja  pengangkutan awam Kota Kinabalu sebagai membantah perbuatan para pemandu Bus mini tanpa takut penularan Covid 19 yang semakin meningkat setiap hari. 

Sebilangan pemandu Bus mini terlibat bertukar tukar membawa bus mini mereka bagi mengelak ditahan pihak berkuasa tempatan disepanjang laluan lama Telipok Kota Kinabalu tegas mereka. 

Terdapat juga pemandu Bus mini yang suka melawan penumpang bila ditegur melanggar SOP didalam Bus Mini mereka akibat kedegilan dan tamak dengan wang ringgit serta ego sebaik membawa pengangkutan awam ujar pengguna yang ditemui.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan