Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Cabaran politik negara masa kini tidak semudah apa yang berlaku sebelum kejatuhan kerajaan BN dahulu malah amat sukar membuat sebarang ramalan melainkan sampai kepada pilihan raya baharu mampu melihat Kemana golongan pengundi menyerahkan pangkah mereka walaupun senyuman mereka melebar didepan setia calon bertanding namun kata putus kekal dihari mereka masa memangkah.
Setiap kali ahli ahli politik lunak bersuara didepan rakyat jelata memancing sokongan namun sebaik beroleh jawatan lebih ramai lupa diri membelakangkan rakyat yang dipujuk, diperdaya, malah ada juga yang langsung tidak menghiraukan rakyat sebaik diberi jawatan bergaji besar sehingga bertukar kerajaan baru golongan terlibat mengenali rakyat yang ditinggalkan mereka.
Sebahagian arus percaturan politik dalam negara ini yang dilalui beberapa aktivis masyarakat dalam pertemuan media terkini bagi mengulas perkembangan sebaik Perdana Menteri ke 9 Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob di Istana Negara semalam.
Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob merupakan Naib Presiden UMNO yang kini diberi mandat seramai 114 Ahli Parlimen menerajui Tampok kerajaan Malaysia agar terus stabil sehingga pilihan raya ke 15 akan datang.
Sebaik sahaja kerajaan UMNO dan BN tewas dalam pilihan raya ke 14 yang lalu ramai pemimpin kampung, mukim dan bahagian masing masing membawa diri menyertai parti baru yang menerajui kerajaan dengan janji cantik pada rakyat namun selepas punya jawatan dah tak sambut telipon warga kampung kawasan mereka.
Bertahun juga dalam jawatan kerajaan baharu lalu namun segala telipon dari rakyat tidak pernah bersambut malah ramai juga ditukar nombor telipon agar rakyat mereka tidak terganggu ujar mereka.
Dalam tinjauan kru Media Terkini sejak 2 hari lalu, ramai rakyat yang menjauhi rakyat semasa ada jawatan rendah kini mula mencari cari semula sokongan rakyat dalam kawasan mereka agar memperolehi jawatan sebaik kerajaan baharu membentuk kabenitnya namun rakyat sentiasa memerhati golongan seumpama ujar mereka.
Nota. Dilrang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan