Isnin, 23 Ogos 2021

KERAJAAN PERLU PERGANDAKAN SOP 

Oleh. Gifkir Aming 

Dalam peningkatan kes kematian dan jangkitan Covid 19 menjelang sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia kerajaan pusat dan setiap negeri amnya wajib memperketatkan penjarakan diri setiap lapisan  masyarakat yang keluar menuju kekawasan khalayak ramai serta menggunakan pelitup mulut dan hidung lengkap tanpa memberi kelonggaran walaupun golongan yang sudah divaksin serta belum divaksin dalam negara masa kini.

Setiap negeri yang memiliki kes kematian dan jangkitan Covid 19  yang tinggi wajar melaksanakan serta merta penjarakan diri 5 kaki dikhalayak ramai setiap lapisan masyarakat serta lengkap menutup hidung dan mulut dengan pelitup muka tanpa mengamalkan menggantung pelitup muka pada dagu masing masing. 

Kerajaan tidak wajar membezakan penjarakan diri dan penggunaan Pelitup muka  terhadap rakyat sudah vaksin  dan belum vaksin demi mengelak sebarang jangkitan  Covid 19 yang masih tinggi diseluruh negara khususnya kebebasan pemandu Bus mini memenuhkan Bus mini mereka dengan penumpang tanpa sebarang rondaan sepanjang jalan raya. 

Terdapat juga laporan anggota sukarela mengawal pasar sekadar menutup dagu dan mulut sehingga hidung terbuka tanpa rasa bersalah menjadi tontonan orang ramai yang seharusnya mereka menjadi contoh mempamerkan pemakaian pelitup muka dan penjarakan diri setiap hari. 

Sehingga hari ini masih beberapa negeri merekod kes Covid 19 dari lebih seribu orang keatas dan kurang sepuluh ribu setiap negeri didalam negara ini. 

Diharap Perdana Menteri Malaysia ke 9 Datuk Seri Ismail Sobri Yakoob benar benar melihat penularan Covid 19 masih melebihi 15 ribu orang dan kematian lebih 100 orang setiap hari terus meningkat memerlukan pengawalan dilapangkan yang ketat tanpa berkompromi dengan kelalaian orang ramai ujar masyarakat yang ditemui. 

Media Terkini juga dimaklumkan kes harian tertinggi Covid 19  hari ini melibatkan Selangor dan Sabah perlu pengawalan rondaan menyeluruh melibatkan semua pasukan penguatkuasa undang undang khususnya Polis dan Tentera dipelusuk kedua dua negeri tersebut. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Pengarang 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan