Jumaat, 13 Ogos 2021

PEMIMP

IN 

KAMPUNG PERLU 

TEGAS 

Oleh. Williem Anak Lagau 
 Sabah. Golongan yang degil dan memiliki kes berpanjangan menderhaka wargatua disetiap kampung perlu diambil tindakan buang daerah apa tak lagi jika berterusan memusuhi seluruh keluarganya serta warga kampung sendiri tanpa keinsafan. 

Malah ada juga golongan seumpama terus membuat perbuatan menutup saluran air jiran tetangga dan jiran sekampung sehingga jiran terlibat gagal memperolehi air paip sebagai sumber kehidupan dan keperluan bagi menyediakan pelbagai keperluan makanan dapur setiap keluarga tanpa memilih bangsa dan agama. 

Kemelut seumpama bagi pakar adat dalam negeri Sabah merupakan satu perbuatan salah dalam hukum adat anak negeri dan ada undang undang yang boleh dikenakan jika pemimpin atau ketua adat setiap kampung melaporkan kepada pejabat Mahkamah Anak Negeri segala kes yang melibatkan kes seumpama ujar mereka. 

Menurut sebilangan wargatua asli Sabah, biasa dikalangan golongan yang melakukan permusuhan tanpa mengira keluarga mahupun jiran sekampung serta orang luar yang mereka kenali merupakan petanda  dosa besar sumpahan keturunan atau musuh yang pernah dilakukan sememangnya susah untuk dihentikan apa tak lagi jika berlaku sumpahan ibu bapa terhadap anak cucu yang  pernah menderhaka terhadap kedua orang tua mereka ujar pakar adat Sabah yang ditemui.

Pelajari adat istiadat anak negeri sebagai pedoman memelihara perpaduan bermasyarakat jiran sekampung apa tak lagi jika golongan terlibat sekadar menumpang berumah serta golongan wanita yang berkahwin dengan lelaki luar daerah perkemaskan diri dengan kesopanan dan budi pekerti yang mulia. 









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan