Rabu, 25 Ogos 2021

Berita Ringkas 

PEMBANGKANG SOKONG DASAR PM 


Oleh.
Norzaitie Kirwan 

Kuala Lumpur. Pertemuan pemimpin parti pembangkang dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipejabat Perdana Menteri hari ini memberi gambaran ada potensi langkah sokongan mereka terhadap segala dasar yang dirangka oleh Perdana Menteri ke 9. 

Diantara yang hadir di Pejabat Perdana Menteri ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden PKR merangkap Ketua Pembangkang,  YB. Mohammad Sabu Presiden Amanah dan YB. Lim Guan Eng Setiausaha Agong DAP sambil menandatangani surat persetujuan bersama dengan komitmen Perdana Menteri Malaysia ke 9. 

Dalam konteks ini adalah menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia agar isu percaturan politiking dihentikan buat sementara waktu bagi sama sama mencari jalan membendung penularan Covid 19 disamping turun padang menghulur bantuan wang ringgit terhadap rakyat yang terkesan kehilangan sumber pendapatan akibat penularan Covid 19 dan pelbagai kawalan yang dikenakan kerajaan. 

Kerajaan Malaysia juga wajib mengambil tindakan drastik terhadap pengagihan suntikan Vaksin yang bersesak sesak tanpa SOP dan tidak dikawal oleh Polis dan Tentera diseluruh negara khususnya Sabah dan Sarawak sehingga kes jangkitan terus melonjak tinggi sejak beberapa hari lalu jelas orang ramai. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan dari Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan