KEMELUT PERDANA MENTERI TERJAWAB ESOK
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Pergolakan politik masa kini bakal menentukan kedudukan kerusi Perdana Menteri pada 16 Ogos 2021 sama ada benar atau tidak akan meletak jawatan secara peribadi atau keseluruhan kabenit kerajaan PN masa kini.
Desas desus kerusi Perdana Menteri akan mempersembahkan perletakan jawatan nya esok tersebar meluas diakbar Online hari ini berikutan kehilangan sokongan majoriti Ahli Ahli Parlimen sejak beberapa hari yang lepas berikutan kemuncak UMNO menarik sokongan terhadap Perdana Menteri masa kini tersebar meluas sehingga kerajaan PN merasakan tekanan terhadap kerajaan mereka.
Menurut beberapa aktivis masyarakat hari ini, jika Perdana Menteri bersendirian meletak jawatan sebagai pemimpin nombor satu negara bermakna hanya calon Perdana Menteri yang bakal dilantik manakala jika Perdana Menteri masa kini meletak jawatan semua kabenit kerajaan nya pada masa kini bermakna calon Perdana Menteri baharu wajar menyediakan semua kabenitnta dari Ahli Ahli Parlimen berwibawa serta mendapat sokongan majoriti sebagai pemimpin nombor satu negara kelak.
Terdapat juga ramalan jika Perdana Menteri masa kini meletak jawatan semua kabenit kerajaan PN masa kini siapakah yang mempunyai kerusi parlimen majoriti bagi membentuk kerajaan yang baharu tanpa campuran dengan Ahli Parlimen PKR, DAP, AMANAH, WARISAN dan UPKO tentu sekali sukar membuat pilihan tepat ujar mereka.
Apapun yang berlaku semoga tidak menjejaskan ekonomi negara dan rakyat jelata antara sepanjang mendepani pandemik Covid 19 akan datang, malah jika berlaku perubahan kepimpinan kerajaan baharu utamakan sekali bagi mempertimbangkan kepentingan pesakit kronik agar tidak diberi paksaan melakukan vaksinasi demi masa depan kehidupan tubuh badan mereka yang telah banyak kehilangan organ dalaman semasa menjalani pelbagai pembedahan.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan