Sabtu, 14 Ogos 2021

COVID 19 TIADA PENGHUJUNG 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Serangan virus Covid 19 tidak akan berakhir selagi wujud manusia yang lalai melanggar SOP serta enggan memakai dengan sempurna PELITUP MUKA setiap masa keluar dari rumah kata pemerhati kesihatan Sedunia dekat sini masa kini.

Covid 19 dilaporkan tidak mampu berjangkit jika jarak 5 kaki tiap seorang dengan lengkap pelitup muka dihidang dan mulut namun ramai masyarakat hari ini menggantung pelitup muka pada bahagian dagu tanpa takut dengan jangkitan Covid 19 jelas warga tempatan.

Sikap masyarakat yang gemar bersesak tiap hari ditempat awam tanpa menghiraukan notis penjarakan sosial walaupun setiap negara mencatatkan Covid 19 yang tertinggi membuatkan lebih ramai dijangkiti serta menempah kematian. 

Pemerintah setiap negara harus mempertingkatkan rondaan keselamatan supaya kegiatan ingkar pematuhan penjarakan diri saat dikawal serta mereka yang degil boleh didenda dengan nilai yang lebih tinggi demi menyelamatkan nyawa orang lain.

Sementara kumpulan anti virus Covid 19 New York mendakwa adalah terlalu sukar bagi mengawal Covid 19 tanpa ubat jika golongananusia tidak sama sama menjarakkan diri antara satu sama lain disamping gagal memakai pelitup muka  dengan sempurna ujar mereka.

Berdasarkan laporan serantau, pemutusan Covid 19 bergantung dengan kesedaran manusia mematuhi penjarakan diri dengan pemakaian sempurna pelitup muka disamping kekerapan dalam membersihkan diri masing masing setiap hari ujar masyarakat setempat. 




Nota. Dilarang membuat ulasan  berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Pengarang 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan