Jumaat, 27 Ogos 2021

MENGAPA SOP SABAH TERABAI?  

Oleh

 Koijul Hairul 

Sabah. Dalam peningkatan kes jangkitan Covid 19 berserta tinggi kematian nya setiap hari mengapa masyarakat dibiarkan berkumpul tanpa penjarakan serta pelitup muka sangkut didagu dan sekadar tutup mulut dengan hidung terbuka soal orang asli Sabahan yang menemui Media Terkini dekat sini.

Sungguhpun telah ramai yang sudah mendapat suntikan vaksin dalam negeri ini namun ianya tidak mampu melindungi dari jangkitan Covid 19 jika mengabaikan penjarakan diri serta tidak menutup mulut dan hidung menggunakan pelitup muka 2 lapis setiap berada dikhalayak ramai. 

Sebaliknya kekurangan pengawasan dalam bandar serta pekan dinegeri Sabah membuatkan masyarakat leka tanpa mematuhi segala SOP yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan apps tak lagi bersesak sesak dalam Bus Mini Pengangkutan Awam Jarak Dekat serta pelitup muka sekadar DIMULUT dan dagu manakala hidung terbuka memasuk virus Covid 19 ditengah orang ramai lapor orang asli Sabah. 

Sehingga berita ini  ditulis kes jangkitan harian di Sabah melebihi  3,400 orang  manakala laporan kematian  turun naik  setiap hari  namun tidak ada sebarang kesedaran masyarakat bagi menjarakkan diri serta memakai pelitup muka lengkap hidung dan mulut sentiasa tertutup semasa berada dikhalayak ramai ujar orang asli Sabah.

Adalah menjadi harapan orang asli Sabah dengan kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia ke 9  mampu mengarahkan semua pihak berkuasa bertindak mengawal setiap perilaku lapisan masyarakat dikhalayak ramai setiap hari tegas mereka. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan  dalam Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan