Isnin, 2 Ogos 2021

KERAJAAN BELUM KUATKUASAKAN PENGUSAHA GEDUNG TUNJUK TARING 

Oleh. Basron Kirwan 

Belum pun semua rakyat mempunyai Telipon Nu Sejahtera pengusaha gedung Kompleks Keramunsing sudah mendahului kerajaan Sabah menghalang rakyat tiada My Sejahtera memasuki kompleks beli belah berkenaan 

Kerajaan negeri Sabah perlu membela seluruh rakyat yang belum memiliki telipon My Sejahtera agar tidak ditindas oleh pengusaha gedung Kompleks beli belah dalam memasuki premis mereka walaupun dalam keadaan sihat walafiat dengan suhu badan yang  baik menerusi imbasan suhu namun pengurusn kompleks terlibat tidak menetap nilai budi pekerti baik pada kakitangan nya.

Luahanbeberapa pengunjung kompleks Keramunsing semasa tinjauan kru Media Terkini melihat ramai tidak memiliki My Sejahtera dihalang memasuki gedung tersebut tanpa melihat golongan yang datang berlatarbelakang dari mana  ujar mereka. 

Sehubungan dengan ini kerajaan Sabah perlu memantau situasi menindas rakyat  bukan sahaja Kota Kinabalu malah seluruh Sabah  juga amnya agar rakyat yang belum ada telipon My Sejahtera sama sama berpeluang menempah kebebasan dalam mana mana bangunan  swasta ujar mereka penuh kesal.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan