Selasa, 24 Ogos 2021

BERAPA PM DALAM EMPAT TAHUN ? 

Oleh. Basron Kirwan 

Ramai dalam 

negara ini khususnya Sarawak dan Sabah tidak menyedari negara Malaysia memecah rekod memiliki empat Perdana Menteri dalam masa empat tahun. 

Kebanyakan masyarakat khususnya di Sarawak dan Sabah ketika ditanya jumlah Perdana Menteri dalam empat tahun di Malaysia sekadarenjawab kurang ingat walaupun berlaku dengan liputan meluas tidak melibatkan pegawai kerajaan setempat. 

Diantara Perdana Menteri Malaysia sejak tahun 2017 ialah Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak disusuli Tun Dr. Mahathir Mohammad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob satu rekod yang belum pernah berlaku sebelum ini. 

Kejadian ini bakal terpahat dalam sejarah dan jika tidak diteliti serta disimpan generasi muda mudi akan datang besar kemungkinan jawapan sama bakal disuarakan jika soalan serupa diutarakan pada masa akan datang. 

Sebilangan rakyat dalam negara berkeyakinan bahawa Perdana Menteri masa kini 2021 mampu mengemudi negara jika pemimpin dan ahli parlimen parti pembangkang tidak mengganggu gugat perjuangan beliau (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) bagi mencurah khidmat bakti pada rakyat dan negara sebagai Perdana Menteri jelas mereka. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan