Selasa, 24 Ogos 2021

PENINGKATAN COVID 19 PERLU TINDAKAN  

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. Dalam peningkatan kes Covid 19 dinegeri ini hari ini berjumlah 3376 rakyat asli Sabah mencadangkan rondaan ketat dalam perjalanan Bus Mini, kebebasan perjalanan orang bergandingan tangan dan badan setiap hari disamping meletak Polis dan Tentera disetiap pusat Vaksinasi bagi menjarakkan orang yang bersesak mereka itu suntikan vaksin sehingga berbaris panjang penuh kesesakan. 

Antara kes Covid 19 yang direkodkan tertinggi hari ini ialah Kota Kinabalu 741 orang, Tuaran 438 orang, Penampang 335 orang dan Papar 257 orang namun dilaporkan masih kurang pengawasan penjarakan orang, tempat tempat vaksinasi dilaporkan kurang kawalan ketat dari kesesakan serta utama sekali Bus Bus Mini Pengangkutan Awam jarak dekat dibiarkan penuh sesak sepanjang jalan menakutkan orang asli dalam negeri ini.

Isu peningkatan Covid 19 dalam negeri Sabah sehingga 3376 dalam sehari  bukan lagi tertumpu kepada paksaan mewaksin semua orang dalam sekelip mata sebaliknya wajar dipandang dalam semua sudut jangkitan dan wajib diperkuatkuasakan undang undang serta rondaan ketat dipelusuk tempat yang banyak jangkitan Covid 19 agar segala tindak tanduk kebebasan masyarakat mampu dikawal sehingga kes penyakit tersebut menurun sifar.

Pewaksinan belum mencerminkan kebal dari jangkitan Covid 19 melainkan keutamaan penjarakan diri dengan orang ramai serta pemakaian pelitup muka lengkap menutup mulut dan hidung setiap berada diluar rumah amnya dikhalayak ramai agar virus penyakit Covid 19 mampu dihalang merebak disana sini lapor orang asli Sabah yang ditemui.

Kepantasan kerajaan Sabah mengambil langkah langkah drastik suara orang asli Sabah perlu diutamakan sebelum kes penyakit Covid 19 melonjak lebih tinggi dari hari ini ungkap penduduk orang asli Sabah yang ditemui

 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan