Isnin, 23 Ogos 2021

LANGKAH KANAN UMNO BERMULA 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Penyokong tegar UMNO meramalkan berlaku permulaan langkah kanan perjuangan parti tersebut sebaik Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob Naib Presiden UMNO Ahli Parlimen Bera telah disokong sejumlah 114 Ahli Parlimen menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 9. 

Langkah kanan ini meyakinkan seluruh rakyat Malaysia mampu bernafas lega betapa perjuangan luhur parti tersebut selama ini mampu kembali berkuasa semula menerusi dasar kerjasama dengan beberapa parti politik diseluruh Semananjung Malaysia termasuklah Sarawak dan Sabah dalam jangkamasa panjang ujar beberapa ahli UMNO yang ditemui. 

Ramai ahli UMNO yang menghubungi Media Terkini meyakinkan betapa jitu perjuangan parti tersebut bersikap terbuka dengan rakan rakan parti yang sehaluan dengan perjuangan parti mereka khususnya diperingkat akar umbi tanpa bersikap pilih kasih dan membelakangkan rakan rakan seperjuangan jelas mereka. 

Menurut beberapa ahli parti politik di Sarawak dan Sabah yang dihubungi memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri ke 9 dari UMNO sebagai pemimpin kerajaan Malaysia agar mampu meneruskan legasi pembangunan yang dirancang masa UMNO memerintah dahulu. 

Warga Sarawak dan Sabah juga yakin keatas Projek Pam Borneo bermula di Sarawak sampai ke Sabah  boleh dipertingkatkan lagi jika seluruh rakyat membantu UMNO kembali berkuasa dalam kerajaan semula tegas mereka. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita danemuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan