Oleh. Basron Kirwan
Bantuan Covid 19 sekali dalam beberapa bulan pada rakyat termiskin luar bandar sekadar dalam gambar sangat mengecewakan rakyat yang menerimanya.
Berdasarkan kepada perkiraan rakyat yang menerima bantuan tersebut tidak sampai pun RM 70.00 bantuan yang dihantar untuk rakyat beberapa bulan namun tutup jalan sana sini terus dilakukan bagi mengekang penularan Covid 19 namun warga asing terus bebas menjual rokok seludup dilorong lorong kedai tanpa dikesan ujar penduduk luar bandar yang menerima bungkusan makanan tidak setimpal.
Semua pihak harus berfikir secara matang jika menghulur bantuan dalam beberapa bulan pada rakyat beri lah yang mencukupi sejajar dengan saranan kerajaan membantu penuh ikhlas dan mencukupi keluarga berkenaan ujar penduduk yang ditemui.
Adalah menjadi harapan rakyat agar sesiapa juga kerajaan dan pemimpin NGO yang mengagihkan bantuan hulur lah penuh ikhlas dan setimpal mencukupi keluarga terlibat dalam beberapa bulan sekali agihan tegas mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan