Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Dua tokoh parti politik UMNO yang mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya ke 15 merupakan satu petanda dikalangan veteran UMNO memberi ruang kepimpinan muda Mudi sebagai menggalas teraju kepimpinan yang berwawasan dengan agenda generasi muda pada masa akan datang.
Kedua dua tokoh yang mengumumkan persaraan tidak lagi bertanding pada PRU ke 15 akan datang ialah Tan Sri Datuk Seri Utama Shahrir Abdul Samad dan Dato' Seri Mohamed Nazri Tan Sri Abdul Aziz Yeop merupakan satu langkah baik kepimpinan UMNO menampilkan pemimpin muda Mudi sebagai menggalas kekuatan dan pengaruh keasat golongan muda mudi keatas perjuangan terbaik jangka panjang.
Berapa ramaikah pemimpin veteran UMNO menyahut cabaran bagi memberi ruang kepimpinan muda mudi parti mereka dalam PRU ke 15 akan datang sukar diramal memandangkan masa kini masing masing mahu mempertahankan kedudukan politik mereka dikawasan masing masing.
Sebagai parti veteran para pemimpin lama dalam UMNO perlu melatih barisan kepimpinan muda mudi dalam parti agar mampu diterima seluruh rakyat jelata dengan krisma pembela seluruh rakyat jelata.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan