Oleh. Basron Kirwan
Sabah. Parti Warisan Sabah mampu menawan kerusi parlimen Beaufort jika tepat memilih calon yang disenangi rakyat jelata kawasan tersebut apa tak lagi jika bertanding lebih 3 penjuru tegas beberapa aktivis masyarakat sekitar yang ditemui hari ini.
Pemilihan calon parti warisan hendak lah bersih dan tidak banyak bermasaalah dengan rakyat setempat sejak menceburi pelbagai bidang jika mahu memerlukan sokongan undi dikalangan seluruh pengundi parlimen Beaufort tegas aktivis masyarakat setempat.
Parlimen Beaufort dilaporkan memiliki jentera dari Warisan berpengaruh, Jentera UMNO kuat, Jentera BERSATU mula meraih pengaruh rakyat setempat namun jika berlaku perebutan calon lebih 3 penjuru harapan calon Warisan menawan Parlimen Beaufort terlalu tinggi bergantung calon bersih dan berpengaruh yang dipertandingkan.
Namun jika parti Warisan tersilap memilih calon yang mereka pertandingkan harapan calon UMNO disokong oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mampu menawan kerusi parlimen tersebut bergantung langkah mendekati semua rakyat setempat.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan