Rabu, 25 Ogos 2021

Berita Ringkas 

RAMAI LANGGAR SOP 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Masyarakat yang takut pada Covid 19 meminta Datuk Seri Panglima Masidi Manjung turun padang bagi melihat perlanggaran SOP dengan sengaja tidak memakai pelitup muka dikhalayak ramai apa tak lagi melakukan penjualan pada tamu mingguan  beberapa hari lepas dipekan Telipok.

Ini sangat menakutkan orang ramai antara sudah vaksin mahu pun sedang menunggu panggilan vaksin bila melihat gelagat orang yang tidak menggunakan mask semasa berada dikhalayak ramai apa tak lagi individu yang berniaga penjual ubat tradisional harus tahu Covid 19. 

Isu orang ramai tidak lagi menggunapakai SOP dan Pemakaiaan Pelitup Muka sangat menakutkan orang ramai sama ada luar bandar dan dalam bandar sentiasa berlaku hampir setiap hari namun sukar dikesan pihak berkuasa akibat lakonan golongan yang melakukan perlanggaran SOP terbabit jelas orang ramai yang ditemui .

Sehubungan dengan pendedahan ini kerajaan Sabah wajib memantau lebih ketat kejadian serupa jika berhasrat mahu menurunkan jangkitan serta kematian serangan virus Covid 19 setiap hari dengan kerja sama Polis dan Tentera agar pelaku secara sedar terasa kesalahan mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Azom Productions House Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan