Selasa, 3 Ogos 2021

 COVID 19 SABAH MERUNSING 

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. Seluruh rakyat dalam negeri ini perlu membuka mata melihat kes kematian serangan Covid 19 setiap hari yang sangat menggerunkan dimana hari ini 12 orang dilaporkan mati serangan penyakit tersebut. 

Antara yang perlu rakyat perhatikan ialah penjarakan diri tiap hari dikhalayak ramai dengan pelitup muka jangan sesekali sangkut di dagu dan sekadar menutup mulut namun hidung ternganga memberi ruang virus Covid 19 masuk dalam rongga hidung golongan yang lalai setiap hari.

Hari ini seluruh Sabah merekodkan kematian seramai 12 orang manakala jangkitan 1010 orang  diseluruh negeri ini dan boleh dijadikan peringatan masyarakat tempatan tiap hari. 

Hanya kesedaran dan pematuhan seluruh warga Sabah sahaja yang mampu mengawal penularan virus Covid 19 tanpa menyalahkan sesiapa pun dalam konteks penularan terbanyak dan kematian setiap hari berkisar Covid 19. 



 



Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan