Khamis, 5 Ogos 2021

Berita Ringkas 

Oleh. Williem Anak Lagau  

Dalam mendepani penularan virus Covid 19 masih ramai pekerja kedai makan dan kedai kopi sesuka hati menggantung pelitup muka pada dagu dengan membiarkan hidung dan mulut terbuka mengendalikan makanan dan minuman sehingga berhadapan dengan pelanggan tiap hari tanpa rasa serba salah walaupun diwajibkan menutup hidung dan mulut dengan pelitup muka dikhalayak ramai tiap hari. 

Perbuatan pekerja kedai minum dan kedai makan amat mendukacitakan bila pelitup muka digunakan sekadar menutup dagu sedangkan mulut dan hidung didedahkan kepada seluruh pelanggan mereka sepanjang hari tanpa mendengar teguran dikalangan pengunjung kedai mereka. 

Sehubungan dengan ini seluruh warga Sabah khususnya kawasan Kota Kinabalu mahupun sekitar Keramunsing amnya memohon pada pihak penguatkuasa agar dibuat rondaan ketat setiap hari bagi mendidik dan mengkompaun peniaga yang degil dan lalai dengan sengaja  mendepani pelanggan tidak memakai pelitup muka dengan sempurna. 



 BANGUNAN INDAH TERBIAR 

Kota Kinabalu. Sebuah bangunan indah dekat sini terbiar tanpa dikendalikan  dengan sempurna sejak bertahun yang lalu.
Ini dijelaskan warga kota dalam tinjauan media terkini dekat sini  walaupun ianya sangat berpotensi  untuk diusahakan dengan sebaik mungkin.
Sejajar dengan situasi masa kini di ia dilanda pandemik Covid 19 bertambah malap lah bangunan terlibat bagai hutan belukar ditengah tengah bandaraya Kota Kinabalu dibawah jagaan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ujar orang kota yang ditemui. 













Nota .Dilarang membuat ulasan berita dan membuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan