Ahad, 2 Mei 2021

PESTA MENUAI SURAM 

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Sambutan dan ingatan Pesta Menuai Mei 2021 dirasai suram oleh warga orang asli dipelusuk negeri ini sejak 1 Mei 2021 berikutan semua orang menyepikan diri dalam bandar mahupun luar bandar melibatkan orang kenamaan sekalipun.

Pesta Menuai juga bagai hilang kemeriahan pada tahun ini dimana semua orang sekadar membisu bagai tidak ingat lagi sambutan perayaan tersebut dengan alasan Covid 19 menghalang mereka dari menjalankan perayaan bersama rakan rakan. 


Selain dari itu sambutan Pesta Menuai tahun 2021 jelas tidak kelihatan walaupun ramai warga yang berhasrat mahu membuat sambutan namun kekangan virus covid 19 amat menakutkan mereka yang tidak pandai pupus sehingga kehari ini.

Sungguhpun suasana Pesta Menuai hilang sambutan pada tahun ini namun warga Sabah masih boleh berkongsi  langkah mengingati Tadau Kaamatan jika ada kemahuan sepanjang bulan Mei 2021.

Sebarang usaha menghidupkan budaya Pesta Menuai boleh berhubung dengan KOKOTUAN DOTOKOU TULAN KOLIMO Talian 01138554026 Watsap 0194827829 Masa Pejabat Sahaja.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan