Oleh. Koijul Hairul
MANGSA SCAM MUNGKIN MENINGKAT
Menjelang Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Menuai dianggarkan ramai lagi menjadi mangsa penipuan ini di FB mahupun pelbagai laman bebas yang sentiasa mencari mangsa demi kepentingan mereka sendiri tanpa memikir kerugian orang lain.
Selain dari itu kebanyakan orang sentiasa tertarik di FB mahupun pelbagai laman bebas yang pantas setiap minit tanpa merujuk fakta yang digariskan oleh kerajaan tiap masa walau dimana juga penyebar berkenaan bersembunyi.
Menurut pandangan beberapa pesara keselamatan yang ditemui, mangsa penipuan boleh meningkat selepas perayaan hari raya aidilfitri jika masyarakat terus melayari pelbagai paparan bebas scaimer dengan pelbagai daya tarikan tanpa berwaspada atau merujuk pihak kerajaan kesahihan tawaran yang dipaparkan.
Sebagai contoh pinjaman ALONG, SKIM CEPAT KAYA semua ini menjadi rebutan masyarakat berleluasa dalam laman sesawang bebas yang diprogram individu tidak bertanggongjawab.
Sama sama berwaspada melindungi keluarga dari menjadi mangsa penipuan berleluasa sepanjang hari raya aidilfitri 2021 ujar beberapa pesara keselamatan yang ditemui.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan