Rabu, 26 Mei 2021

Oleh. Huzera Ben
COVID 19 TIDAK HENTI MEMBUNUH 

New York. Virus covid 19 terus membunuh diseluruh dunia sehingga kehari ini tanpa ada penghujungnya walaupun beberapa jenis vaksin yang telah dicipta bagi mencegah penularan penyakit tersebut dari menyerang setiap negara.
Sehingga kehari ini virus covid 19 telah membunuh lebih 3.47 juta orang manakala jumlah jangkitan melebihi 167.50 juta orang sejak lebih setahun lalu sehingga kehari ini. 

 Amerika Syarikat terus mencatatkan kematian serangan virus covid 19 melebihi 604,087 orang sepanjang lebih setahun yang lalu manakala jangkitan terus meningkat 33.89 juta orang.

Negara India juga merekodkan  kematian serangan virus covid 19 lebih 303,751 orang manakala jangkitan lebih setahun yang lalu melebihi 26.75 juta orang. 

Di negara Brazil mencatatkan kematian oleh covid 19 melebihi 449,185 orang manakala jangkitan lebih 16.08 juta orang sejak lebih setahun yang lalu sehingga kehari ini.

Negara Perancis terus merekodkan kematian serangan covid 19 melebihi 108,596 orang sepanjang lebih setahun yang lalu manakala jangkitan terus meningkat lebih 5.60 juta orang.

Turki juga mencatatkan kematian serangan covid 19 melebihi 46,000 orang manakala jangkitan juga melebihi 5.18 juta orang, sementara negara Rusia juga mencatatkan kematian serangan virus covid 19 melebihi 118,482 orang manakala jumlah jangkitan terus meningkat lebih 5 juta  orang sejak lebih setahun yang lalu.















Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan