Ahad, 9 Mei 2021


 Oleh. Huzera Ben

MAMPUKAH DUNIA MENGHAPUS COVID 19 ? 

New York. Tindakan menghapus covid 19 terus menjadi persoalan masyarakat dunia sejauh manakah vaksin yang ada pada masa kini mampu memusnahkan seluruh virus covid 19 yang tengah membunuh warga manusia dimana juga negara masa kini.

Saban hari setiap pihak pemerintah negara negara maju menceritakan keupayaan vaksin yang telah diedarkan disetiap negara namun kematian serangan virus covid 19 terus juga meningkat setiap hari.

Angka kematian serangan virus covid 19 diseluruh dunia hari ini melebihi 3.25 juta orang manakala jangkitan terus meningkat lebih 155.81 juta orang sepanjang lebih setahun lepas.

Amerika Syarikat juga terus merekod kematian serangan virus covid 19 melebihi 593,148 orang sehingga kehari ini manakala jangkitan terus meningkat melebihi 33.32 juta orang walaupun pelbagai usaha rawatan dilakukan oleh setiap negara negara maju.

Dinegara India juga merekodkan  kematian serangan virus covid 19 lebih 230,151 orang manakala jangkitan juga terus meningkat melebihi 21.07 juta orang sejak lebih setahun yang lalu.

Brazil terus merekodkan angka kematian serangan virus covid 19 melebihi 414,000 sementara jangkitan pesakit telah melebihi 14.93 juta orang.sehingga kehari ini.

Perancis dalam rekod kematian serangan  virus covid 19 melebihi 105,631 orang manakala jangkitan pula telah melebihi 5.70 juta orang. 









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan