Isnin, 31 Mei 2021

Oleh. Koijul Hairul

WASPADA JALAN KIULU BY PASS 

Kiulu. Malang tidak berbau sebuah kenderaan yang melintasi laluan by pass Kiulu Logkou Baru Telipok terbabas dilereng bukit Somindo pada hari ini tanpa diketahui sebarang puncanya, kawasan terlibat sememangnya curam dan selekoh dan pernah beberapa kali berlaku kemalangan kenderaan sebelim ini namun tidak ada rekod sebarang kemalangan jiwa dilaporkan sehingga kehari ini.

Kenderaan yang dilaporkan terbabas hari ini juga dilaporkan pemandu dan penumpangnya sekadar mendapat kecederaan ringan dan mendapat rawatan dihospital sebagai pesakit luar.

Sehubungan dengan pendedahan ini seluruh pengguna jalan raya kawasan tersebut perlu berwaspada demi mengelak sebarang kejadian kemalangan setiap melintasi perjalanan by pass Kiulu Logkou Baru Telipok ujar penduduk Kg. Logkou Baru yang dihubungi.


Semua lapisan masyarakat perlu berwaspada dengan penjualan Hempedu Beruang yang dilaporkan bergerak bebas tanpa diketahui keaslian nya.

Ramai masyarakat yang ditemui merasa hairan dalam masa Beruang termasuk sebagai haiwan kawalan nasih ada juga individu membawa bungkusan Hempedu Beruang tanpa diketahui keaslian yang dibawa mereka yang menjadi penjualnya.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan