BERWASPADA DIKOMPLEKS BELI BELAH
Sabah. Pengunjung yang bersendirian berjalan dibeberapa kompleks beli belah perlu berhati hati dengan tindak tanduk golongan muda mudi yang berjalan laju hingga terlanggar orang lain antara cari gaduh atau kes copet.
Ini didedahkan oleh beberapa individu yang hampir menjadi mangsa golongan terlibat dalam pertemuan tinjauan kru media terkini dekat sini beberapa hari yang lepas.
Selain dikompleks beli belah didalam pengangkutan awam juga harus berhati hati khususnya golongan wanita agar tidak cuai dalam meletak bag tangan jika ada orang lain duduk disamping mereka.
Golongan yang sering melakukan kerja kerja tidak bermoral wajar ditangani bersama agar masyarakat lebih bijak menjaga diri setiap masa berjalan sendirian agar peluang pelaku kejahatan dapat dibenteras bersama dalam jangkamasa panjang.
Menurut sumber maklumat orang awam pelaku perbuatan tidak baik sentiasa memilih orang yang dijadikan mangsa sasaran agar tidak terjerat dengan pujuk rayu pihak tertentu setiap masa.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan