Jumaat, 21 Mei 2021

Oleh. Jaitos Dumiri 

TEBGKUJUH MELANDA LONGPASIA 

Sepitang. Perkampungan Longpasia dekat sini lumpuh dalam pergerakan darat berikutan persekitaran kampung mereka dilaporkan tenggelam air banjir sejak beberapa hari lepas. 

Selain kawasan perkampungan dilaporkan tenggelam oleh banjir turut dilimpahi banjir besar termasuklah persekitaran sekolah rendah serta jalan raya laluan kem Tentera Longpasia masa kini lapor penduduk setempat.

Menurut penduduk tempatan banjir terlibat mungkin bertahan dalam beberapa hari lagi jika hujan masih berterusan dikawasan terlibat menyebabkan banyak jalan raya terputus hubungan akibat ditenggelami air banjir hampir seluruh perkampungan mereka.

Setakat hari ini tidak ada kecederaan mahupun kemalangan banjir berlaku sekitar kawasan Longpasia yang dilaporkan penduduk tempatan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan