Jumaat, 7 Mei 2021


 Oleh. Huzera Ben 

SAMPAI BILA VIRUS COVID 19 TERUS MEMBUNUH? 

New York. Masyarakat dunia terus bertanya bilakah virus covid 19 akan berakhir membunuh seluruh masyarakat dimana juga berada diseluruh dunia sejak lebih setahun yang lepas.

Virus covid 19 telah membunuh lebih 3.24 juta orang sehingga kehari ini manakala jangkitan telah melebihi 154,973,048 juta orang.

Amerika Syarikat terus merekodkan kematian serangan virus covid 19 melebihi 592,409 orang sementara jangkitan telah melebihi 33.27 juta orang.

Bagi negara India telah mencatatkan kematian serangan virus covid 19 lebih 226,169 orang dengan jumlah jangkitan juga melebihi 20.65 juta orang sejak lebih setahun lalu.

Dalam semangat dunia memperolehi vaksin pemusnah virus covid 19 Brazil terus merekodkan kematian serangan penyakit tersebut melebihi 411,000 orang manakala jangkitan telah melebihi 14.86 juta orang.

Perancis juga terus merekodkan kematian serangan virus covid 19 telah melebihi 105,387 orang sementara sehingga kehari ini jumlah jangkitan melebihi 5.68 juta orang.

Bagi mencegah virus covid 19 dari terus menyerang manusia adalah lebih baik semua memakai pelitup hidung dan mulut semasa keluar rumah, jangan berdekatan dengan orang lain apa tak lagi berjabat tangan dimana amalkan jarak 4 kaki antara satu sama lain serta sentiasa mencuci tangan jika tersentuh sebarang objek yang sering disentuh orang lain.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan