Khamis, 20 Mei 2021

Oleh. Huzera Ben 
VIRUS COVID 19 TERUS MEMBUNUH 
New York. Masyarakat negara negara maju terus bersuara mempersoal keupayaan vaksin bagi mendepani virus covid 19 yang kian meningkat terus disetiap negara maju.
Sehingga hari ini dunia merekodkan kematian serangan virus covid 19 berjumlah lebih 3.41 juta orang terutama peningkatan tertinggi negara maju, dalam kes jangkitan covid 19 juga melebihi 164.87 juta orang juga kawasan jangkitan tertinggi merupakan setiap negara maju dan mampu membeli dan mengedarkan vaksin setiap warganya demi mendepani penularan penyakit tersebut.
Amerika Syarikat terus merekodkan kematian serangan covid 19 lebih 601,308 orang sehingga hari ini manakala jangkitan juga telah melebihi 33.77 juta orang.
Bagi negara India kematian serangan virus covid 19 telah melebihi 283,276 orang sementara jangkitan terus meningkat melebihi 25.49 juta orang walaupun vaksin telah diperolehi setiap negara terlibat.
Turut mendepani penularan covid 19 termasuklah Brazil yang kini merekodkan kematian lebih dari 439,379 orang manakala jangkitan terus melonjak melebihi 15.73 juta orang.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan