Isnin, 24 Mei 2021

 

Oleh. Williem Anak Lagau 

SUDAH MERDEKA JALAN MASIH TANAH MERAH 

Kota Kinabalu. Penduduk parlimen Sepanggar mengaku telah merdeka pada Ogos 1963 namun mengapa jalan raya perkampungan terpencil masih lagi tanah merah sehingga kehari ini walaupun kerajaan silih bertukar ganti dalam negeri ini. 

Masyarakat luar bandar bukan meminta disuap nasi setiap hari namun amat penting bagi mereka adalah perhubungan jalan raya disetiap perkampungan dan perkebunan mereka diaspal atau disimen sebaik mungkin demi kemudahan golongan petani mahupun pekebun tegas mereka.

Menurut warga Parlimen Sepanggar, masih ada lagi jalan raya luar bandar yang berstatus tanah merah berbatu jauhnya merentasi kampung dan perkebunan tanpa ada usaha pemimpin memperbaikinya berstatus aspal mahupun disimen seperti kemahuan warga kampung dalam kawasan mereka.

Masyarakat Parlimen Sepanggar menggesa semua pemimpin kerajaan masa kini benar benar turun padang melawat menyeluruh perkampungan luar bandar agar seiring maju dengan seluruh pekan dan  perkampungan pesisir pantai yang majoriti sudah diaspal tanpa masaalah dengan perlaksanaan nya.

Sehubungan dengan pendedahan ini seluruh penduduk luar bandar meminta kerajaan masa kini pertingkat rondaan mereka disetiap kawasan masing masing  tanpa pilih buluh setiap masa.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan