Jumaat, 14 Mei 2021

Oleh. Basron Kirwan 

BERAPA RAMAI DERMAWAN BERKEMAMPUAN ? 

Kuala Lumpur. Menyebut dermawan dalam negara ini mungkin ramai seluruh Tanah Melayu dan Sarawak serta Sabah namun sehingga hari ini lebih membuktikan keprihatinan dermawan tertumpu kepada Ustaz Ebit Liew yang nampak penghuluran sumbangan pemberian nya. 


Keiklasan Ustaz Ebit Liew dalam menghulur bantuan terhadap pelbagai kaum sangat menyentuh hati golongan warga miskin yang wajar menerima bukan  sahaja golongan pemerintah, wakil wakil rakyat, para pegawai kerajaan bergaji tinggi malah pengusaha pengusaha syarikat tersohor diseluruh negara harus mencontohi nya.

Sebaliknya dilaporkan rakyat ramai berpendapatan tinggi melebihi RM6,000 sebulan didalam negara namun menghulur bantuan atau derma RM300.00 untuk orang miskin sekali memang susah dengan pelbagai alasan tertentu tidak munasabah.

Gerak jelajah Media Terkini merungkai bukan muda melihat orang berkemampuan menghulur derma pada warga miskin seperti yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Liew di Tanah Melayu malah melibatkan Sarawak dan Sabah apa tak lagi dalam situasi penularan virus covid 19 masa kini. 

Apapun dalam hari raya aidulfitri 2021 ini orang berkemampuan harus membuka mata sebagai mana usaha murni yang dibuat oleh Ustaz Ebit Liew terhadap warga miskin dan tidak berkeupayaan mencari nafkah yang lebih baik dari orang berkemampuan.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan