Selasa, 18 Mei 2021



 Oleh. Jopis Anak Lagau 

LIMA KUMPULAN ABU SAYYAF TERBUNUH 

Beaufort. Kumpulan Abu Sayyaf yang bersembunyi dikawasan paya bakau dalam rumah setinggan dekat sini bertindak menyerang Polis dalam serbuan 11.30 pagi semalam.

Pasukan Polis yang mengetuk pintu rumah setinggan dihutan bakau dekat sini ditembak dahulu semasa salah seorang kumpulan Abu Sayyaf membuka pintu manakala yang lain keluar dari pelbagai arah bagi melakukan serangan tembakan dan parang keatas pasukan polis yang membuat serbuan.

Bertindak mempertahankan diri pasukan polis membalas semua das tembakan kumpulan Abu Sayyaf menyebabkan kelima lima kumpulan tersebut tumpas dalam serang balas pasukan serbun polis. 

Kejayaan pasukan polis menumpaskan kelima lima kumpulan Abu Sayyaf yang bersenjata dua pucuk pistol serta peluru dan parang berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun.

Semua kelima lima kumpulan Abu Sayyaf tidak memiliki sebarang pengenalan diri menurut kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah dekat sini.








Nota. Dilarang membuat sebarang ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan