Jumaat, 7 Mei 2021


 Oleh. Gifkir Aming 

SIAPAKAH PEMANTAU ISU HALAL? 

Sabah. Perkataan SERVED NO PORK (HALAL) merupakan satu perkataan yang banyak mengelirukan semua penganut agama Islam khususnya saudara baru, malah ramai yang bertanya adakah adakah perkataan tersebut bebas dipamerkan dalam setiap permis kedai makan dan kedai minum bukan Islam diseluruh negeri Sabah  tanpa gerak tinjau pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kebenaran nya.

Beberapa umat Islam yang ditemui mengakui sering keliru melihat kedai makan minum bukan beragama Islam mempamerkan tulisan serupa dalam kedai perniagaan mereka setiap hari sejak bertahun lamanya.

Bagi umat Islam yang memahami istilah halal sekadar memasuki permis seumpama dengan meminum minuman botol dan tin yang berlogo halal  tulen.

Sebilangan peniaga bukan Islam pula lebih menggunakan perkataan tersebut dipamerkan dalam kedai mereka bagi memperolehi pelanggan ramai dikalangan masyarakat beragama Islam setiap hari tanpa mengira perbezaan agama mereka.

Menurut pandangan beberapa aktivis masyarakat semua pihak perlu membuka mata dalam kes hukum halal dalam konteks pemakanan harian umat Islam setiap masa apa tak lagi golongan yang tahu perkara terbabit namun masih melanggani makanan kedai terlibat pasti hukumnya tetap salah.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan