Oleh. Gason Dumiri
HAYATI KAAMATAN SEKADAR DIALAM MAYA
Sabah. Sambutan pesta menuai mei tahun ini sekadar dikenang tanpa melakukan sambutan meraihkan nya demi memutuskan rangkaian virus covid 19 yang kian meningkat dalam negeri ini.
Sikap segelintir masyarakat yang cuba melakukan upacara meraihkan pesta menuai haruslah dilupakan jika mahu bersama membasmikan virus covid 19 dari merebak setiap lapisan masyarakat berbilang kaum jika tidak sama sama menjaga SOP yang ditetapkan oleh kerajaan masa kini.
Kepatuhan masyarakat dalam negeri ini bagi menjaga setiap pergerakan diluar rumah rumah masing masing amat penting demi memutuskan rangkaian covid 19 terutama semasa berkerja diluar rumah setiap hari.
Dalam mengimbau kemeriahan pesta menuai setiap tahun perlu masyarakat fikirkan adakah menyambut perayaan tersebut mampu melindungi keluarga mereka dari serangan penyakit covid 19 yang telah membunuh jutaan manusia seluruh dunia sejak lebih setahun yang lepas.
Sehubungan dengan pendedahan Tadau Kaamatan Diketepikan tahun ini adalah diharapkan warga Sabah mengutamakan pengawalan penyakit terlebih dahulu berbanding mahu merayakan cara terbuka sehingga membuat penularan covid 19 merebak dengan pantas selepas pesta menuai kelak.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurusan penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan