Sabtu, 22 Mei 2021

Oleh. Huzera Ben 

ISRAEL LANGGAR GENCATAN SENJATA


 Palestin. Israel mungkir janji dalam gencatan senjata api tidak sampai 24 jam berikutan Polis Israel menyerbu ruang Masjid Al-Aqsa dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata serta bom asap terhadap seluruh rakyat Palestin tanpa sebab munasabah.

Polis Israel juga bergerak menaik sehingga ke bumbung masjid Al-Qilibi dengan menembak bom gas pemedih mata terhadap rakyat Palestin sambil mengacu senjata api (senapang) pada sesiapa juga rakyat Palestin yang bergerak sekitar kawasan Masjid berhampiran.
Ramai aktivis masyarakat Palestin mendedahkan kezaliman Zionis yang sukar dipercayai sambil mendakwa Israel bukan muda menerima gencatan senjata api dimana pelbagai helah dibuat  bagi menyerang rakyat Palestin ujar mereka.
Sama sama bersatu bersuara mempertahankan keamanan dalam kedua dua negara antara Israel dan Palestin demi nyawa semua warga yang terjejas dengan serangan tentera dan polis Israel keatas rakyat Palestin sampai kehari ini. 












Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan