Selasa, 4 Mei 2021


 Oleh. Jopis Anak Lagau

SOP DIABAI SETIAP HARI 

Sabah. Orang ramai terlalu mengabaikan semua SOP yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam aspek setiap pergerakan diluar rumah apa tak lagi melibatkan perjalanan dalam bandar dan gedung kompleks beli belah.

Sebilangan masyarakat hari ini bagai tidak menghiraukan PELITUP MUKA (MASK) tanpa mengira usia malah ada yang memakai pelitup muka sangkut didagu umpama sebagai hiasan pemakaian sahaja tanpa segan dipandang orang sekeliling. 

Masyarakat amat bijak memerhati situasi sekeliling jika tidak ada pihak berkuasa memantau perlanggaran SOP maka sesuka hati mereka berkumpul tanpa penjarakan serta menyangkut pelitup muka didagu bagi mempamerkan mulut dan hidung mereka kepada virus covid 19 tiap hari.

Yang peliknya lebih setahun sudah virus covid 19 menyerang dunia namun sebilangan orang yang berada dibumi Sabah masih tidak menghiraukan  diri diantara satu sama lain bagai tidak takut covid 19.

Sehubungan dengan pendedahan ini pihak penguatkuasa perlu menggandakan operasi didalam bandar dan pekan khususnya Bus Bus Mini dan kompleks beli belah bagi memburu pesalah melanggar SOP demi mengawal penularan covid 19 setiap hari.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan