Ahad, 23 Mei 2021

Oleh. Huzera Ben 

COVID 19 TERUS MENYERANG 

New York. Virus covid 19 terus membunuh melebihi 3.46 juta orang lebih setahun yang lepas manakala jangkitan juga melebihi 167.03 juta orang dalam tempoh yang sama.


 Dunia juga telah menempah beberapa jenis vaksin bagi membunuh virus covid 19 namun belum ada petanda virus  covid 19 bakal berakhir apa tak lagi semua negara maju berkemampuan dalam semua aspek perubatan.

Amerika Syarikat kekal tertinggi merekodkan kematian serangan virus covid 19 melebihi 603,976 orang manakala jangkitan melebihi 33.88 juta orang.

Bagi negara India terus mencatatkan kematian serangan virus covid 19 lebih 300,000 orang manakala jangkitan negara tersebut terus meningkat lebih 26 juta orang sehingga kehari ini.

Negara Brazil  terus diserang virus covid 19 dengan angka kematian 448,291 sementara angka jangkitan terus meningkat sehingga lebih 16 juta orang.

Perancis pula merekodkan kematian serangan virus covid 19 melebihi 108,000 orang manakala jangkitan keseluruhan sehingga kehari ini melebihi 5.59 juta orang. 

Turki juga mencatatkan angka kematian serangan virus covid 19 melebihi 46,000 orang sementara angka jangkitan terus melonjak melebibi 5.17 juta orang.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan