Sabtu, 15 Mei 2021



 Berita Ringkas 

DUA TAHANAN LARI MASIH DIBURU 

Menggatal. Semua penduduk parlimen Sepanggar dekat sini diminta menghubungi pasukan polis jika nelihat orang yang mencurigakan memasuki kawasan perumahan, perkampungan mereka bagi memberkas dua orang lagi tahanan yang masih bebas sebaik berjaya melepaskan diri dari pusat tahanan sementara Menggatal khamis lepas.

Tahanan yang melarikan diri dari PTS Menggatal masih lagi bebas dan terus  diburu pasukan polis  termasuklah unit anjing pengesan dikawasan sekitar yang disyaki menjadi laluan orang yang diburu.

Menurut sumber dua tahanan yang diburu masih lagi berada dikawasan mukim Menggatal dan jika seluruh warga mukim Menggatal berkerjasama dengan polis orang diburu tidak akan terlepas jauh dari buruan polis jelas warga Menggatal yang ditemui.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan