Selasa, 11 Mei 2021


 Oleh. Jasly Dollah

MAMPUKAH BERSATU MENAWAN SABAH? 

Kota Kinabalu. Menjelang pru ke 15 akan datang sejauh manakah keupayaan Bersatu meraih sokongan seluruh warga negeri ini yang berdaftar dengan suruhanjaya pilihan raya berbanding dengan parti parti tempatan?, persoalan ini terus bermain dalam seluruh jiwa rakyat negeri ini dimana mungkin tidak disedari golongan pemimpin parti politik parti tersebut yang aktif bergerak bagi mendaftar ahli ahli baru disetiap kampung mahupun mukim dan perumahan berhampiran diseluruh negeri ini sejak beberapa bulan lepas.

Pemimpin Bersatu juga bergerak aktif mencari ahli ahli baru disana sini namun tidak dapat dipastikan golongan ahli yang didaftarkan ini dari parti parti lawan kah atau ahli ahli dari UMNO, PBS, STAR, SAPP, PBRS, PAS, MCA, MIC atau sebaliknya.

Menurut aktivis masyarakat tempatan adalah langkah terbaik jika para pemimpin BERSATU mendaftar ahli ahli parti dikalangan penyokong PKR, DAP, AMANAH, UPKO dan WARISAN berbanding menarik sokongan dikalangan penyokong parti parti rakan sendiri tegas mereka.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini rakyat Sabah mengakui banyak ahli ahli baru dilapor menjadi ahli dalam parti BERSATU namun tidak dapat dipastikan ahli baru ini berasal dari keahlian mana mana parti sebelum menjadi ahli parti Bersatu jelas rakyat yang ditemui.

Turut aktif mendaftar ahli ahli baru kedalam parti mereka adalah parti STAR namun tetap juga sukar diketahui ahli yang didaftarkan penyokong dari parti mana sedia ada soal rakyat yang ditemui.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan