Isnin, 31 Mei 2021


 Oleh. Williem Anak Lagau 

MAMPUKAH PKP 3.0 MENGAWAL HELAH MASYARAKAT ? 

Kuala Lumpur. Ujian berat perlaksanaan PKP 3.0 ini amat besar cabaran kerajaan dan pasukan petugas keselamatan dimana lebih ramai masyarakat bijak mencari helah merentasi sempadan daerah walaupun halangan berada didepan mata.

1 June 2021 yang dinanti semua yang tidak dibenarkan berkerja yakni duduk rumah namun tidak banyak pilihan dimana besar kemungkinan ada sahaja dakyah mereka mahu melepasi kawalan rentas daerah demi kepentingan peribadi.

Antara yang diragui adalah tukang kasut pinggir jalanan dipercayai warga asing, gelandangan, penjual rokok seludup serambi tepi luar kedai dan keliling Pasar sayor dan lorong lorong bangunan kedai runcit agar pedagang rokok seludup terlindung dari pasukan keselamatan yang meronda sepanjang 14 hari PKP 3.0 ujar aktivis masyarakat yang ditemui.

KRU Media Terkini Sabah (Gifkir Aming) turut menerima teguran betapa sukar mengawal warga asing yang terus berkeliaran menjual rokok, tukang kasut sekadar menemui pelanggan demi kepentingan pedagang terlibat.

PKP 3.0 bermula 1 June 2021  sehingga 14 June 2021 merupakan tarikh penuh cabaran petugas setiap sempadan merentas daerah siang dan malam namun dilaporkan bukan muda bagi semua petugas berhadapan situasi semasa diseluruh negara melibatkan Sarawak dan Sabah.

Sama sama lah kita membantu menjayakan kawalan pergerakan setiap warga agar dapat  memutus rantaian seluruh tanah air dalan jangka masa tempoh PKP 3.0 berkuatkuasa seperti saranan tetap kerajaan masa kini.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan