Jumaat, 21 Mei 2021


 Oleh. Basron Kirwan 

PENULARAN BERITA PALSU DILAMAN SESAWANG MENGELIRUKAN 

Kuala Lumpur. Pelbagai berita palsu disebarkan warga maya mengikut suara hati mereka sendiri tanpa merujuk empunya diri terlebih dahulu disamping mengalahkan saluran penyiaran berita berlesen diseluruh negara masa kini. 

Penyebaran berita ini disensasikan segelintir warga didalam negara ini menerusi watsap group sesuka hati bagi menularkan sesuka hati tanpa merujuk kesahihan nya terlebih dahulu menyebabkan ratusan ribu rakyat terpedaya dengan berita palsu setiap hari.

Dalam tinjauan kru media terkini menerusi beberapa group watsap diseluruh negara melibatkan Sarawak dan Sabah terdapat juga kakitangan bawahan sesebuah jabatan suka menularkan berita palsu menerusi group watsap disamping golongan minah kilang dan suri rumah sepenuhnya.

Anehnya golongan penyebar berita palsu ini juga enggan mendengar teguran masyarakat sekeliling disamping tidak takut dengan undang undang yang sedia menunggu penyebar berita tidak benar didalam negara ini bagaikan mereka kebal dari tindakan undang undang sedia ada.

Sehubungan dengan pendedahan ini warga Malaysia dinasihatkan supaya bijak memilih saluran berita yang berlesen sahaja demi mengelak terpedaya dengan segala berita palsu yang semakin aktif sejak beberapa tahun yang lepas.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan