Oleh. Jasly Dollah
COVID 19 BOLEH DIKAWAL JIKA DIKUATKUASAKAN
Kuala Lumpur. Penularan virus covid 19 boleh dikawal jika penguatkuasa menggandakan usaha mencegah perlanggaran SOP oleh masyarakat tanpa mengira pangkat dan kedudukan masyarakat diseluruh negara.
Perlanggaran SOP diseluruh negara dapat dilihat oleh masyarakat yang takut dengan penularan covid 19 dengan pelbagai alasan bagai tidak takut dijangkiti virus covid 19 sehingga mengabaikan penjarakan antara satu sama lain.
Setelah setahun lebih virus covid 19 menyerang dunia apakah boleh membiarkan alasan yang tidak munasabah seperti bersiar siar beramai ramai dikompleks beli belah menggantung pelitup muka didagu, bersiar siar di pasaraya pasaraya bergesel tangan dan bahu tanpa menghiraukan mata memandang mereka.
Para pemandu Bus Mini juga membiarkan penumpang bersesak 12 hingga 13 penumpang juga pelitup muka didagu memberi ruang hidung terbuka bagi saluran virus covid 19 menyerang mereka yang lalai namun bila sakit pihak lain pula dipersalahkan.
Kerajaan dan pihak berkuasa disetiap negeri mahupun negara amnya harus memperketatkan semua aspek sikap acuh tak acuh masyarakat jika mahu mengekang sesungguhnya penularan covid 19 dalam jangkamasa panjang.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan