Oleh. Jasly Dollah
MEMPERKASA KAWALAN RONDAAN PERLU SETIAP MASA
Sabah. Kerajaan negeri perlu memperkasa kawalan rondaan diceruk lokasi bagi memutus penularan virus covid 19 terutama dalam semua permis kedai perniagaan, sepanjang laluan pengangkutan bus mini awam, semua stesen perhentian bus mini mahupun terminal bus yang menjadi tumpuan orang ramai tanpa menghiraukan penjarakan SOP jika tidak dipantau petugas beruniform setiap jam.
Selain dari itu kebanyakan Bus Mini akan memenuhi bus mini mereka dengan penumpang tanpa penjarakan jika tidak dipantau sepanjang jalan raya laluan mereka demi mengaut keuntungan tanpa mengambil kira risiko jangkitan virus covid 19 didalam bus mini mereka.
Menurut orang ramai yang ditemui kedegilan masyarakat yang suka melanggar SOP hanya boleh dicegah dengan menggunakan tenaga khidmat Polis dan Tentera sahaja memandangkan selama ini semua anggota sukarela telah berkhidmat dipelusuk tempat namun masih juga masyarakat berkeliaran tanpa sop melibatkan bus mini sentiasa penuh sesak ujar mereka.
Segelintir pemandu bus mini yang dilaporkan memenuhkan penumpang dalam bus mereka berlaku dalam laluan jalan mereka yang tidak mempunyai Polis dan Tentera melakukan rondaan malah ada juga yang bersambut penumpang jika terdapat sekatan jalan raya ditempat laluan mereka.
Rakyat berharap kawalan kali ini benar benar diperketatkan setiap hari dengan menambahkan anggota Polis mahupun Tentera diseluruh negeri ini agar berkesan pemutus rangkaian virus covid 19 tegas mereka yang ditemui.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan