Jumaat, 21 Mei 2021


 Oleh. Koijul Hairul 

PERLANGGARAN SOP TERUS BERLELUASA 

Sabah. Semua tindakan kerajaan dalam mempertingkatkan pengawalan penularan virus covid 19 tidak mungkin berjaya jika setiap lapisan rakyat masih gagal melaksanakan pematuhan SOP pada setiap kali berada dikhalayak ramai.

Pelbagai usaha kerajaan mengekang penularan virus covid 19 yang kian meningkat saban hari dalam negeri ini bagaikan sering diabai oleh masyarakat awam sepanjang berada dikhalayak ramai tanpa takut dengan PERLANGGARAN SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Antara perlanggaran SOP yang berlaku tiap hari ialah kebebasan bergaul rapat dipasar raya, kompleks beli belah, bersesak penuh disetiap Bus Mini, sesak dikedai kedai runcit, kurang pemantauan dalam kesesakan setiap hari.

Menurut pandangan beberapa aktivis masyarakat yang ditemui, kaedah mencegah penularan virus covid 19 yang lebih berkesan adalah memperketatkan petugas penguatkuasa bertindak terhadap sesiapa juga melanggar sop setiap hari supaya mereka takut melakukan pelanggaran sop dikhalayak ramai tiap masa.

Bayangkan lah orang ramai seringkali menakai MASK GANTUNG DIDAGU, ADA JUGA TUTUP MULUT TAPI HIDUNG TERBUKA MEMBERI PELUANG VIRUS COVID 19 MASUK KE KERONGKONG dan paru paru jelas orang ramai.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan