Isnin, 31 Mei 2021


 Oleh. Basron Kirwan

TANGISAN MENDEPANI COVID 19 WARGA PERLU BUKA MATA 

Kuala Lumpur. Warga Malaysia perlu sama sama membuka mata bagi mendepani dan membantu menghalang penularan virus covid 19 dari merebak setiap hari dengan mematuhi amalan SOP yang diamanahkan oleh Tan Sri Doktor Norhisyam Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia agar derita petugas seluruh hospital dalam negara ini dapat dikurangkan.

Warga Malaysia juga perlu menitikberatkan kesihatan diri seluruh keluarga, saudara mara mahupun sahabat handai supaya sama sama menjaga pergerakan setiap hari tanpa memikirkan kepentingan peribadi sehingga terlupa serangan virus covid 19.

Peningkatan ketara mangsa virus covid 19 tanpa mengira darjat manusia seharusnya dipandang sirius semua warga dipelusuk negara ini agar berwaspada dalam setiap langkah harian mereja sama ada dalam bandar mahupun di desa terpencil agar tidak berpeluang virus covid 19 merebak dalam kumpulan yang lebih besar.

Sikap segelintir masyarakat yang sengaja mencari helah keluar tanpa tujuan yang sebenar sekadar memberi ruang penyebaran penyakit virus covid 19 selama 14 hari kelak.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan