Berita Ringkas
Oleh. Williem Anak Lagau
KERJA JUALAN GELAP
Sabah. Kami berkerja cari makan dalam niaga gelap bosku, belilah bantu urusniaga kami demi sesuap nasi kami, kata kata pembuka para wakil penjual nombor gelap dan wahui yang berbaris duduk dilorong lorong depan kedai seluruh Sabah.
Mengikut raut wajah mereka dalam lingkungan 30 an dengan penuh tabah setiap hari dari pagi hingga jam 4.00 petang tanpa takut diberkas pihak berkuasa tempatan yang sentiasa memantau kes seumpama.
Golongan terlibat bijak memikat golongan kaki judi menjadi pelanggan tetap mereka sepanjang bulan walaupun bukan muda memperolehi kewangan dalam pandemik covid 19 namun penjual ini terus bertahan untuk hidup.
Para penjual nombor ekor gelap hanya diperalat taukeh taukeh besar dilaporkan hanya makan komesyen pada setiap nombor dan wahui yang terjual tanpa mengambil risiko jika tertangkap jelas masyarakat yang ditemui.
Kru media terkini dimaklumkan para penjual nombor gelap dan wahui sentiasa ada dipekan pekan kecil, setiap bandar malah kampung kampung yang berhampiran dengan pekan dan bandar juga ada sahaja mereka mencari reziki jelas masyarakat yang ditemui.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan