Oleh. Huera Ben
COVID 19 BAGAI TIADA PENGHUJUNG
New York. Saban hari virus covid 19 terus membunuh diseluruh dunia walaupun vaksin sudah dilapor sedia memusnahkan segala virus tersebut didalam tubuh manusia sebaik disuntik namun hingga kini tidak juga berhenti.
Kebanyakan negara negara maju sudah merekodkan ratusan ribu kematian serangan virus covid 19 sejak lebih setahun yang lalu namun belum ada penjelasan negara negara kuasa besar bila berakhirnya serangan virus tersebut.
Rekod dunia yang tercatat hari ini mempamerkan angka kematian lebih 3.20 juta orang manakala kes jangkitan secara keseluruhan melebihi 152,792,412 juta orang sejak lebih setahun yang lepas bagai tidak ada petanda virus tersebut berhenti.
Amerika Syarikat terus membuka mata dunia dengan angka kematian tertinggi melebihi 590,704 orang sementara jangkitan melebihi 33.14 juta orang sehingga hari ini.
Bagi negara India juga turut merunsingkan pihak pemerintah negara dengan angka kematian telah melebihi 215,000 orang serangan virus covid 19 manakala jangkitan melebihi 19.54 juta orang.
Dinegara Brazil juga masih menakutkan warga penduduknya serangan virus covid 19 dengan angka kematian sehingga hari ini telah melebihi 406,000 orang manakala jangkitan juga terus meningkat lebih 14.72 juta orang.
Bagi negara Perancis masyarakatnya terus dibayangi ketakutan dengan serangan virus covid 19 terus meningkat kematian lebih 104,704 orang manakala jumlah jangkitan keseluruhan telah melebihi 5.64 juta orang jelas masyarakat setempat.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan