Ahad, 2 Mei 2021


 Oleh. Huzera Ben 

VIRUS COVID 19 TIDAK MEMILIH SASARAN 

New York. Dalam kealfaan masyarakat sedunia virus covid 19 tidak lagi memilih mangsa korban nya walau dimana juga berada sama ada negara maju mahupun negara membangun.

Hari ini dunia merekodkan kematian serangan virus covid 19 melebihi 3.19 juta orang manakala jumlah jangkitan telah melebihi 152,002,365 juta orang sejak lebih setahun yang lalu.

Amerika Syarikat terus merekodkan kematian 590,000 manakala jangkitan terus meningkat lebih 33 juta orang, ini disusuli India yang merekodkan kematian lebih 211,000 orang manakala jangkitan terus melebihi 19 juta orang.

Brazil terus merekodkan kematian lebih tinggi 404,000 orang manakala jangkitan terus melebihi 14.66 juta orang.

Negara Perancis mencatat kematian lebih  dari 104,514 orang sementara jangkitan terus melonjak lebih 5.61 juta orang.

Dalam situasi mendepani covid 19 selain dari bergantung pelbagai vaksin yang ada pada masa kini diseluruh dunia, adalah menjadi keutamaan penjarakan sosial antara satu dengan yang lain disamping memakai pelitup muka (mask) setiap kali berada diluar rumah serta ditempat tumpuan orang ramai demi mengelak jangkitan covid 19. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan