Isnin, 19 Jun 2023

WASPADA MEMILIH YANG HALAL SEBAIK DIPROSES 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Pokok Bambangan memiliki buah pelbagai guna dalam ramuan pemakanan khususnya Sabah dan Sarawak bergantung kepada kepakaran para pembuatnya. 

Namun perlu disedari umat Islam agar berwaspada membeli produk Bambangan yang telah dicampuraduk ramuan nya supaya tidak terbeli ditangan bukan Islam pembuatnya  bagi memelihara status halalnya dalam pemakanan umat Islam.

Beratus jenis rempah ramuan buah bambangan yang terhasil jika ditinjau sekitar pasar pasar negeri Sabah dan Sarawak dengan nota SERVE NO PORK entah Islam kah atau bukan pembuatnya, ini perlu disedari  umat Islam yang meminati produk Buah Bambangan dalam campuran pelbagai  jenis makanan sedap dan lazat jelas beberapa umat Islam yang dihubungi kru Media Terkini harian hari ini.

Antara yang membimbangkan produk Buah Bambangan adalah diperbuat dan dibotolkan oleh orang bukan Islam namun ada peniaga pasar dan tamu mingguan menempahnya sebagai jualan semula beragama Islam, golongan terlibat tidak menerangkan produk tersebut diperbuat dan dibotolkan orang bukan Islam demi mengaut keuntungan lapor warga Sarawak dan Sabah sebagai peringatan seluruh umat Islam dalam negara ini. 

Paparan ini perlu dijadikan peringatan setiap umat Islam yang memelihara akidah agama mereka sepanjang masa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan