Isnin, 19 Jun 2023

SEJAUH MANAKAH KEMAJUAN BENGKOKA? 

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Kudat. Ramai masyarakat tertanya tanya kemajuan pembangunan serta ekonomi seluruh kawasan Kerusi Dewan Undangan Negeri Bengkoka  dengan pelbagai pemimpin parti politik dan berbagai nama parti yang mereka wakili. 

Kru Media Terkini kerap menghubungi beberapa pemimpin parti politik setempat namun tidak memberi sebarang jawaban walaupun ramai rakyat setempat mengaku kawasan tersebut masih jauh ketinggalan dalam pembangunan dan ekonomi dalam negeri Sabah.

Majoriti penduduk Dun Bengkoka meminta perhubungan jalan raya disetiap perkampungan  mereka diperbaiki malah jika boleh diaspal keseluruhan secara berperingkat demi membela rakyat yang sentiasa memberi sokongan kerajaan negeri mahupun persekutuan amnya jelas mereka.

Golongan pemimpin parti politik yang sekadar mempertahankan jawatan mereka tanpa bersuara membela warga dalam Dun Bengkoka elok lah bersara dari perjuangan kepentingan peribadi tertentu ujar warga luar bandar setempat.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan