Ahad, 18 Jun 2023

PELIK BERTATU TAPI BERTUDUNG 

Oleh. Helary Sukiono 

Jakarta. Bersiar siar di Bandar Jakarta tidak terlepas pandang golongan BERTATU LELAKI DAN WANITA dimana ada Bersongkok dan ada juga Bertudung seperti beragama Islam bagi pelancong dari luar negara melihat mereka.

Menurut warga Jakarta yang ditemui sukar menilai keagamaan seseorang di Jakarta jika melihat Bersongkok serta Bertudung memandangkan ada dikalangan mereka bukan beragama Islam namun bebas berpakaian mengikut kemahuan masing masing.

Kelebihan warga Jakarta adalah saling memahami dan menghormati umat Islam dan penganut agam lain tanpa ada perbezaan atau berpaling muka bertemu ditengah jalan, berbanding dengan beberapa warga bagi negara jiran tetangga ada berbeza ugama saling tidak bertegur malah berpaling muka jika berjumpa ditempat umum.

Ada juga di Jakarta Bertatu namun sudah memeluk agama Islam sebagai Saudara Baru atau Muallaf tanpa sempat membuka Tatu mereka, ini membuktikan keharmonian dan permaufakatan mereka rakyat keseluruhan terus bersatu hati memelihara permaufakatan senegara mereka sendiri tanpa sengketa.

Dalam konsep sedemikian apa juga agama yang dianuti bukan melambangkan bermusuhan sesama  sendiri dengan berpaling muka ketika bertemu ditempat orang ramai, sikap seumpama tidak ada diajarkan dalam mana mana agama saling bermusuhan akibat bebeza agama sehingga berjumpa dijalan terus berpaling muka ujar warga Jakarta yang ditemui.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan