Jumaat, 23 Jun 2023

JALAN GUNUNG EMAS DALAM PEMBINAAN 

Oleh. Gifkir Aming 

Semua pemandu yang melintasi Jalan Raya Kota Kinabalu menuju Tambunan diminta berwaspada sekitar Gunung Emas yang sedang dalam projek pembaikan cerun tinggi masa kini, jalan raya terlibat bukan sahaja sempit malah licin laluan ketika musim hujan melanda kawasan berhampiran dengan jalan raya Gunung Emas. 

Masaalah Jalan Raya Gunung Emas yang kerap runtuh perlu penyelasaian yang terbaik didalam jangkamasa yang panjang, ianya perlu dicari langkah terbaik bagi mengelak tragedi tanah runtuh setiap kali mengalami musim hujan tanpa diduga masa kejadian seumpama.

Sehubungan dengan paparan kali ini kerajaan Sabah perlu mencari langkah memperkasa cerunan bahagian bukit sepanjang laluan di Gunung Emas agar Jalan Raya setempat terus kukuh dan bertahan selamanya. 


 PELIK MEREKA SUKA LALU BELAKANG? 

Oleh. Norsham Tukirin 

Mengapa kumpulan tertentu suka berjalan BELAKANG KEDAI walaupun laluan lorong depan kedai tidak memiliki halangan setiap hari namun jarang  sekali orang yang meragukan melintasi lorong hadapan bangunan.

Kru Media Terkini pernah mendedahkan suatu ketika dahulu Pendatang Asing Tanpa Izin sentiasa menggunakan laluan belakang bangunan kedai dipercayai takut diburu pihak berkuasa dalam setiap negara, namun generasi muda hari ini tidak dapat dipastikan mengapa wajar menggjnakan laluan dibelakang bangunan kedai umpama menyembunyikan sesuatu didalam diri mereka .

Sebilangan penghuni kota yang ditemui meramalkan golongan yang suka melintasi lorong  belakang kedai mungkin ada perkara diluar jangkaan disembunyikan demi mengelak ianya dikesan pihak berkuasa tempatan ujar mereka.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan  Media Terkini Press Kuala Lumpur. Pengarag

Tiada ulasan:

Catat Ulasan